Ilustrasi: mesej WhatsApp, baris spreadsheet, resit kertas, fail dan nota tulisan tangan yang bersepah bergerak dan jadi satu papan pemuka bisnes yang tersusun bila anda skrol.

Studio sistem digital · Malaysia

Bisnes anda sudah ada sistem.Cuma belum tersusun dalam satu tempat.

Saya bina laman web dan sistem khas untuk bisnes — supaya kerja yang bersepah di WhatsApp, Excel dan kertas boleh diurus di satu tempat saja.

Bahagian 02Masalah biasa

Masalahnya bukan kurangspreadsheet.

Kerja jadi lambat bila semua orang perlu ingat fail mana disimpan di mana, dan siapa yang pegang versi terbaru.

Satu cara kerja. Satu sistem. Satu tempat.

Bahagian 03Servis

Bukan templat siap pakai.Saya bina ikut cara kerja anda.

Setiap bisnes ada cara kerja sendiri, walaupun dalam bidang yang sama. Sebab itu saya mula dengan faham dulu macam mana bisnes anda berjalan. Lepas itu baru sistem dibina ikut keperluan anda — bukan anda yang kena ikut sistem.

  • Sistem untuk kegunaan dalaman, dibina ikut cara bisnes anda berjalan — siapa buat apa, langkah kerja dan rekod yang anda perlu.

  • Laman web yang kemas dan laju. Pelanggan faham apa yang anda buat, dan senang untuk terus hubungi anda.

  • Borang kertas, rekod dalam WhatsApp dan kerja salin-tampal dipindah ke sistem yang lebih tersusun.

  • Nampak keadaan bisnes dengan sekali pandang. Laporan keluar sendiri, tidak payah kira manual setiap bulan.

  • Lepas sistem mula diguna, saya terus jaga dan tambah baik ikut keperluan bisnes anda yang berubah.

Bahagian 04Hasil kerja

Antara sistemyang saya bina.

  1. 01Demo

    PengurusanTuisyen

    Urus pelajar, tutor, jadual kelas, yuran dan perkembangan belajar dalam satu sistem.

    • Pelajar
    • Tutor
    • Kelas
    • Yuran
    • Kemas kini pembelajaran
    • Laporan
    Minta tunjuk cara
    adyra://tuition/dashboardData contoh
    Pelajar aktif
    86
    +4 bulan ini
    Kelas minggu ini
    24
    6 tutor
    Jadual mingguanMinggu 41
    Isn
    Matematik · T3BM · T5
    Sel
    Sains · T2
    Rab
    BI · T6Matematik · T5
    Kha
    Sejarah · T5
    Jum
    Fizik · T4BM · T6
    Sab
    Ulang kaji UASA
  2. 02Demo

    PengurusanKenderaan

    Urus kenderaan, pemandu, jadual servis dan rekod perjalanan dalam satu sistem.

    • Kenderaan
    • Pemandu
    • Penyelenggaraan
    • Rekod
    • Pemantauan
    Minta tunjuk cara
    adyra://fleet/dashboardData contoh
    Kenderaan
    14
    11 tersedia
    Dalam perjalanan
    3
    2 pemandu bercuti
    Kenderaanstatus terkini
    No. platJenisPemanduStatus
    SAB 4127 KHiluxAliTersedia
    SAA 8803 BVanFaridDalam perjalanan
    SAB 1150 JVan—Servis
    SAC 2291 ASedanRinaTersedia
    SAB 7702 HLoriZulDalam perjalanan
    SAA 3318 DVanHamidTersedia
    SAB 9024 CMPV—Tersedia
  3. 03Demo

    Kewangan &Resit

    Keluarkan resit, rekod bayaran dan catatan akaun dalam satu sistem — siap untuk dieksport ke sistem perakaunan.

    • Resit
    • Bayaran
    • Jurnal
    • Carta akaun
    • Eksport UBS
    Minta tunjuk cara
    adyra://finance/dashboardData contoh
    Resit dikeluarkan
    142
    bulan ini
    Dikutip
    RM 38,450
    dipadankan dengan bank
    ResitR-2026-0142
    Diterima daripadaSyarikat Maju Jaya
    KaedahPindahan dalam talian
    Akaun4100 · Kutipan
    JumlahRM 2,500.00
    TerkiniR-0141Pertubuhan Insan750.00R-0140Ahmad bin Ali1,200.00R-0139Kedai Runcit Mesra320.00
    Keluarkan resitPDF
  4. 04Masih dibina

    PengurusanAset

    Tahu aset mana ada di mana, siapa yang pegang, dan bila kali terakhir diservis.

    • Aset
    • Penyerahan
    • Status
    • Penyelenggaraan
    • Sejarah
    Tanya perkembangan
    adyra://assets/dashboardData contoh
    Aset
    238
    berdaftar
    Diserahkan
    191
    kepada 64 staf
    Daftar asetsedang dibina
    TagItemPemegangStatus
    AST-0012Laptop · ThinkPadN. AzizDigunakan
    AST-0047ProjektorBilik mesyuaratDigunakan
    AST-0103Pencetak—Dibaiki
    AST-0118PC mejaStorSimpanan
    AST-0126Kerusi pejabatR. LimDigunakan
    AST-0131KameraMediaDigunakan

Mau tengoksistem yang sebenar?Mari saya kasi tunjuk.

Skrin di atas cuma contoh. Sistem yang sebenar saya tunjuk sendiri — melalui panggilan video atau berjumpa — supaya anda boleh terus tanya apa-apa yang tidak jelas. Pilih sistem yang anda mau tengok, dan mesej saya.

Bahagian 05Idea siap

Ada kafe, salonatau homestay?

Tiga idea siap untuk bisnes kecil. Setiap satu ialah laman web penuh yang boleh dicuba — menu, tempahan dan semua. Tekan-tekan macam pelanggan anda.

  • Demo konsep · bukan bisnes sebenar

    Kafe & restoran

    Embun — laman web kafe dengan menu penuh dan harga, status “buka sekarang” dan tempahan meja.

    • Menu & harga
    • Tempah meja
    • Status buka
    • Galeri
  • Demo konsep · bukan bisnes sebenar

    Salon kecantikan & kuku

    VELORA — pilih servis, artis, tarikh dan masa. Slot terkini, tiada tempahan bertindih, terus masuk kalendar.

    • Senarai servis
    • Tempahan online
    • Pilih artis
    • Jemputan kalendar
  • Demo konsep · bukan bisnes sebenar

    Homestay & penginapan butik

    EMBERA — bilik dan harga, peta tempat berdekatan, aktiviti, dan borang tempahan.

    • Bilik & harga
    • Peta kawasan
    • Aktiviti
    • Borang tempahan

Versi anda guna nama, gambar, harga dan warna bisnes anda sendiri — dan disambung ke sistem ringkas di belakangnya.

Bahagian 06Rancang sistem anda

Bisnes anda lain,sistemnya pun lain.

Q1 Apa yang anda mau urus?
Q2 Sekarang guna apa?
Rangka awal

Rasanya anda perlukan…

Sistem pengurusan pelajar & bayaran.

DashboardRekod pelajarKelas & jadualKemas kini perkembanganInvois & resitJejak bayaranSenarai tertunggakLaporan
  • Excel→ Import spreadsheet yang ada, sekali saja
  • WhatsApp→ Peringatan dan makluman sedia untuk WhatsApp
Borang di bawah akan diisi untuk anda.
Bahagian 07Harga

Harga jelas dari awal.Tiada caj tersembunyi.

Harga sebenar bergantung pada apa yang anda perlukan, jadi setiap projek ada sebut harga sendiri. Ini harga permulaan, supaya anda ada gambaran awal sebelum kita berbincang.

  1. 01

    Laman web bisnes

    Laman web yang jelas dan laju untuk terangkan bisnes anda dan bawa masuk pertanyaan.

    dariRM 1,800
    • Sampai 5 halaman
    • Senang guna di telefon
    • Borang hubungi & butang WhatsApp
    • Tetapan asas Google (SEO)
    • Siap dalam 2–3 minggu
  2. 02Paling diminta

    Sistem bisnes khas

    Sistem yang dibina ikut cara bisnes anda berjalan.

    dariRM 8,000
    • Modul dan peranan pengguna ikut keperluan
    • Dashboard & laporan
    • Import dari fail Excel anda
    • Latihan untuk staf
    • 3 bulan baiki percuma lepas pelancaran
    • Siap dalam 6–12 minggu
  3. 03

    Pakej jagaan

    Saya jaga laman web atau sistem anda — selamat, laju dan sentiasa dikemas kini.

    dariRM 200/ bulan
    • Hosting & HTTPS
    • Backup setiap hari
    • Kemas kini keselamatan
    • Perubahan kecil setiap bulan
    • Bantuan terus melalui WhatsApp

Anda akan dapat sebut harga bertulis yang tetap sebelum kerja bermula. Harga cuma berubah kalau anda minta benda baru — dan kita setuju dulu.

Bahagian 08Cara kerja

Faham dulu,baru bina.

  1. 01

    Dengar

    Kenal bisnes anda.

    Macam mana kerja dibuat sekarang — siapa buat apa, data disimpan di mana, dan apa yang selalu jadi masalah.

  2. 02

    Lakar

    Susun aliran kerja.

    Setiap langkah dan borang dilakar dulu, supaya kita setuju sebelum apa-apa dibina.

  3. 03

    Reka

    Reka skrin sistem.

    Skrin direka ikut langkah kerja tadi. Anda boleh tengok dan cuba awal, masa perubahan masih senang dibuat.

  4. 04

    Bina

    Bina sistem sebenar.

    Sistem dibina bahagian demi bahagian, supaya anda boleh semak dan beri maklum balas sepanjang jalan.

  5. 05

    Lancar

    Uji, baiki dan guna.

    Diuji bersama staf anda, dibaiki, baru mula diguna sepenuhnya. Lepas itu terus ditambah baik ikut keperluan.

Bahagian 09Teknologi

Kukuh,bukan sekadar cantik.

Anda cuma nampak skrin. Tapi di belakangnya, sistem dibina guna teknologi yang sudah lama dipakai dan dipercayai ramai — supaya ia laju, selamat dan senang ditambah bila bisnes berkembang.

Peranan & kebenaran
Setiap orang cuma nampak apa yang perlu untuk kerjanya.
Rekod perubahan
Tahu siapa ubah apa, dan bila.
Semakan data
Kesilapan dikesan masa data diisi, bukan masa tutup akaun hujung bulan.
Data boleh dieksport
Data tetap milik anda — boleh keluar dalam Excel, PDF atau format akaun.
L1ServerDocker · Linux
L2DataMySQL / MariaDB
L3AplikasiLaravel · PHP · REST APIs
L4SkrinJavaScript · Tailwind CSS · Alpine.js
  • SkrinJavaScript, Tailwind CSS, Alpine.jsApa yang staf anda guna
  • AplikasiLaravel, PHP, REST APIsPeraturan dan logik kerja
  • DataMySQL / MariaDBSemua rekod di satu tempat
  • ServerDocker, LinuxTempat sistem berjalan
Bahagian 10Tentang

Saya suka kemaskankerja yang bersepah.

Hai, saya Sherr. Saya pembangun perisian di Malaysia. Saya bina aplikasi web dan sistem bisnes yang kurangkan kerja manual — supaya masa anda tidak habis dengan salin data dan cari fail.

Banyak bisnes simpan maklumat penting di merata tempat — WhatsApp, Excel, kertas, dan dalam kepala orang tertentu. Saya suka susun semua itu jadi satu cara kerja yang senang difahami semua orang.

ADYRA memang studio kecil. Jadi anda berurusan terus dengan saya — orang yang reka dan bina sistem anda — dari perbincangan pertama sampai lepas sistem siap.

Bergelora · bersepahHover atau tekan
Peranan
Pembangun · pengasas
Lokasi
Malaysia
Bahasa
English · Bahasa Melayu
Membina
Laman web · sistem bisnes
Bahagian 11Status projek

Barubermula.

Belum ada testimoni di sini. ADYRA masih baru, dan saya lebih suka tunjuk sistem yang betul-betul jalan daripada letak testimoni rekaan.

Setiap sistem di halaman ini sama ada sudah siap — dan saya boleh tunjukkan — atau masih dibina, dan saya labelkan dengan jelas. Bila pelanggan pertama sudah guna, cerita mereka akan diletak di sini.

adyra / build.logtail -f
Status projek
StatusProjek
DemoPengurusan TuisyenSistem berfungsi · tunjuk cara bila diminta
DemoPengurusan KenderaanSistem berfungsi · tunjuk cara bila diminta
DemoKewangan & ResitSistem berfungsi · tunjuk cara bila diminta
DibinaPengurusan AsetMasih dibina · boleh tanya perkembangan
TerbukaProjek anda Mungkin projek anda yang seterusnya
$ tunggu cerita pelanggan pertama
Bahagian 12Soalan lazim

Soalan yangselalu ditanya.

  • 01Siapa pemilik sistem dan data?

    Anda. Lepas projek dibayar, kod dan semua data milik anda. Anda dapat akses penuh, dan bebas tukar ke pembangun lain bila-bila masa — saya akan bantu serahkan semuanya. Tiada ikatan.

  • 02Berapa lama baru siap?

    Laman web bisnes biasanya siap dalam 2–3 minggu. Sistem khas biasanya 6–12 minggu, ikut berapa banyak bahagian yang diperlukan. Anda akan dapat jadual sekali dengan sebut harga, dan boleh tengok perkembangan setiap minggu.

  • 03Berapa kosnya?

    Laman web bermula dari RM 1,800 dan sistem khas dari RM 8,000. Lepas berbincang sekejap, anda akan dapat sebut harga bertulis yang tetap. Harga cuma berubah kalau anda minta benda baru, dan kita setuju dulu.

  • 04Boleh staf guna di telefon?

    Boleh. Semua sistem jalan dalam pelayar web, jadi boleh guna di telefon, tablet dan komputer. Tidak perlu pasang aplikasi.

  • 05Kalau ada masalah, macam mana?

    Masalah yang dijumpa lepas pelancaran dibaiki percuma untuk 3 bulan pertama. Lepas itu, pelan penjagaan meliputi pembaikan, kemas kini dan backup. Anda boleh hubungi saya terus di WhatsApp atau e-mel.

  • 06Data kami selamat? Ikut PDPA?

    Data dihantar melalui HTTPS, setiap orang cuma nampak apa yang dibenarkan ikut peranannya, dan setiap perubahan direkod. Dengan pelan penjagaan, backup dibuat setiap hari. Saya sediakan sistem untuk bantu anda patuh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 — contohnya, kumpul data yang perlu saja dan kawal siapa boleh tengok.

  • 07Kena tukar semua sekali gus?

    Tidak. Banyak projek bermula dengan bahagian yang paling menyusahkan — macam yuran atau resit — baru berkembang dari situ. Data Excel yang sudah ada biasanya boleh diimport.

  • 08Sistem boleh dalam Bahasa Melayu?

    Boleh. Sistem boleh dalam Bahasa Melayu, English atau dua-dua sekali. Kita pun boleh berbincang dalam bahasa yang anda selesa.

Masih ada yang kurang jelas?

Bahagian 13Mula projek

Kerja masihbersepah?Mari kita susun sama-sama.

  1. 01Anda kirim ringkasan projek.
  2. 02Kita bincang cara kerja anda sekarang.
  3. 03Anda dapat cadangan yang jelas — skop, tempoh dan kos.
Atau terus hubungi saya
sherr@adyra.tech
Borang projekNo. 001 · Draf

Hai, nama saya dari . Boleh hubungi saya di

Sekarang guna apa?

Tiada komitmen. Saya baca setiap ringkasan sendiri. Maklumat anda cuma diguna untuk balas anda.